iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hollow_(Bleach)
Hollow - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Hollow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hollow (Bleach))
Fail:Hollow Pertama.jpg
Fishbone D merupakan hollow pertama yang ditentangi Ichigo.

Berdasarkan siri anime dan manga Bleach, Hollow merupakan makhluk ataupun hantu jahat yang boleh dikaitkan dengan vetala dari mitologi Hindu. Sejak dari permulaan siri Bleach, Hollow telah muncul sebagai watak antagonis utama dan pada masa kini mereka masih menjadi ancaman yang besar. Hollow tinggal di Hueco Mundo tetapi mereka berkebolehan merentasi alam nyata dan Soul Society.

Tite Kubo, penulis manga Bleach telah menerapkan motif perkataan bahasa Sepanyol untuk para hollow dan arrancar sepanjang siri itu. Tulisan kanji yang digunakan Tite Kubo untuk menulis perkataan hollow ialah 虚, yang membawa makna kekosongan (ataupun 虚ろ, utsuro — hollow). Namun begitu, ia disebut sebagai hollow (ホロウ, horō) dan bukan sebagai sebutan asalnya.

Templat:Spoiler

Keterangan

[sunting | sunting sumber]

Hollow merupakan bekas Plus (roh mati) yang hilang kemahuan diri ataupun tinggal di alam nyata terlalu lama. Mana-mana roh yang tidak dihantar ke Soul Society oleh seseorang Shinigami akhirnya akan menjadi Hollow. Masa yang diambil roh-roh mati untuk bertukar menjadi Hollow selalunya merupakan proses yang lama, dan boleh berlarutan hingga berbulan-bulan. Proses ini bergantung kepada ukur panjang Rantai Nasib "Chain of Destiny" (因果の鎖, inga no kusari) sesuatu roh itu, yang bersambung dengan hati mereka. Rantai Nasib ini akan terhakis dengan masa, menunjukkan pemutusan ikatan perhubungan roh dengan alam nyata. Proses ini boleh dicepatkan, contohnya seperti diserang Hollow lain ataupun diganggu kuasa semangat yang lain. Apabila rantai tersebut hancur ditelan masa, roh tersebut akan ditukar ke bentuk yang unik dan mengerikan dengan topeng putih dan sebuah lubang yang besar di dada mereka di mana rantai itu pernah disambungkan.

Dalam Bleach, kebanyakkan roh mati beralih ke Soul Society dengan aman. Walaubagaimanapun, sesetengah roh mati kekal di dunia untuk memenuhi matlamat mereka, contohnya seperti mencari mereka yang tersayang, menjaga sesuatu kawasan ataupun memenuhi hasrat dendam di jiwa. Disebabkan kekurangan upaya untuk berinteraksi dengan yang hidup, dan pada waktu yang sama terikat pada keinginan mereka, kebanyakkan roh sukar untuk menghadapi situasi di mana keluarga ataupun mereka yang tersayang meneruskan kehidupan dan musuh lama melupakan mereka. Pada tahap ini, roh-roh mati tersebut menjadi taksub akan memenuhi matlamat mereka sehinggalah jiwa mereka hancur kekosongan; contohnya, membunuh sesiapa sahaja yang mendekati mereka yang tersayang dengan sebab untuk melindungi mereka. Dengan melakukan perkara ini, roh-roh itu akan bertukar menjadi hollow, dan secara bertentangan, perkara yang menjadi obsesi mereka bertukar menjadi sasaran utama.

Apabila roh mati bertukar menjadi hollow, mereka tidak dapat melawan perasaan untuk menelan atau menjamah roh yang lain, yang hidup mahupun yang telah mati, untuk memenuhi kekosongan yang mereka bawa dari keturunan mereka. Walaupun obsesi mereka selalunya menjadi sasaran utama, kebanyakkan hollow hilang akal fikiran ataupun kebolehan untuk berfikir; mereka bertempiaran mencari jiwa dan roh yang terbaik untuk dijamah sahaja. Sesetengah hollow berupaya untuk berfikir dengan lebih waras dan berakal berbanding dengan hollow biasa; hollow jenis ini selalunya merupakan hollow yang bertahap lebih kejam dan kuat. Walaupun hampir kesemua hollow bersifat jahat secara semulajadinya, dan mereka kekurangan keupayaan untuk berfikir, ada juga yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, contohnya seperti Nell Tu dan pengikutnya.

Antara ciri yang membezakan hollow daripada makhluk-makhluk lain adalah topeng mereka yang dicipta untuk melindungi naluri mereka yang terdedah selepas jiwa mereka ditelan hollow. Topeng-topeng hollow berbeza dari satu hollow ke hollow yang lain dari segi bentuk dan saiznya, tetapi mereka sentiasa berwarna putih dan bercorakkan tengkorak. Topeng-topeng tersebut juga bertujuan untuk mengaburkan identiti sebenar para hollow, tetapi jika diretakkan, hollow berkemungkinan untuk kembali ke personaliti dan bentuk asalnya. Setiap hollow mempunyai kemampuan atau kebolehan tersendiri termasuklah bentuk rupa yang berlainan; hollow tahap yang rendah bersaiz kecil dan teknik serangan mereka terhad manakala hollow yang lebih besar dan kuat pula berkebolehan untuk menyerang dalam pelbagai kaedah. Hollow boleh menyerupai binatang mamalia (berbulu) ke binatang yang bersifat reptilia dan juga menyerupai syaitan. Saiz mereka berbeza-beza; dari saiz gergasi (seperti menos bertahap gillian) sehinggalah saiz minimum mereka, iaitu kira-kira dua kali ganda saiz manusia dewasa.

Hollow boleh dihapuskan dengan berbagai-bagai cara (kecederaan yang mencukupi), tetapi kaedah membelah topeng mereka adalah kaedah yang biasa dilakukan. Apabila ini dilakukan oleh sebilah zanpakutō milik seorang Shinigami, hollow tersebut tidaklah mati begitu sahaja, sebaliknya diri hollow tersebut disucikan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukannya sejak ditelan menjadi hollow. Ini membenarkan roh yang terpendam di dalam diri hollow itu untuk menjejakkan kaki ke Soul Society sebagai plus. Berlainan dengan kes di mana hollow pernah melakukan dosa-dosa besar semasa hidup, roh yang disemadikan itu akan diheret ke neraka, di mana pintu nereka akan terbuka dan menarik mereka untuk bersemuka dengan balasan mereka. Jika hollow dibunuh Quincy pula, malangnya, diri hollow termasuklah roh asalnya akan hancur. Secara menyeluruhnya, kejadian ini akan mendatangkan kesan yang buruk ke atas purata imbangan roh di dunia-dunia lain.

Walaupun hollow secara amnya merupakan penjelmaan roh mati dalam bentuk yang lain, terdapat juga hollow yang wujud sebagai jenis tersendiri yang digelar menos (perkataan Sepanyol yang bermaksud "kurang" atau "kecil"). Menos tercipta apabila beberapa hollow menindih antara satu sama lain, akhirnya bersatu. Ini mewujudkan sebuah makhluk yang jauh lebih kuat berbanding hollow-hollow yang biasa. Hollow tahap menos dianggap sebagai suatu ancaman yang besar sehingga Soul Society menghantar kumpulan shinigami yang terlatih sahaja untuk mengendalikan serbuan mereka. Serbuan mereka jarang dilakukan kerana mereka kerap tinggal di Hueco Mundo dan jarang meninggalkan kawasan tersebut melainkan jika mereka mengesan kuasa atau semangat yang kuat ataupun digalakkan oleh kuasa asing. Terdapat tiga jenis hollow bertahap menos: gillian, adjuchas dan vasto lorde.

Menos tahap gillian.

Menos tahap gillian (girian) merupakan tahap menos yang paling lemah. Saiz mereka jauh lebih besar berbanding hollow yang lain tetapi mereka serba kekurangan dari segi kepantasan dan kepintaran. Walaupun menos tahap gillian agak kuat, mereka masih tidak berkemampuan mengalahkan seorang shinigami berpangkat leftenan. Menurut Hitsugaya Tōshirō, gillian boleh disamakan sebagai sekumpulan kadet tentera sahaja. Di Soul Society, gillian dikenali sebagai menos grande dan ditulis dalam beberapa buku teks membincangkan hal menos. Menos grande adalah perkataan Sepanyol secara literalnya bermaksud "kurang besar". Tulisan kanji untuk menos grande ialah 大虚 (bermaksud kekosongan luas).

Contoh bayang-bayangan menos tahap adjuchas

Menos tahap adjuchas (ajūkasu) merupakan menos yang lebih kecil berbanding gillian. Mereka mempunyai persamaan dengan manusia, tetapi secara terperinci masih menyerupai hollow. Mereka lebih bijak berbanding menos di tahap gillian dan lebih berkuasa. Adjuchas berkemungkinan menyamai kuasa ataupun kehebatan seorang shinigami tahap leftenan. Mereka bertugas menjaga menos tahap gillian. Menos jenis ini mempunya populasi yang lebih kecil berbanding menos jenis gillian.

Contoh bayang-bayangan menos tahap vasto lorde.

Menos tahap vasto lorde (vastorōde) merupakan tahap yang tertinggi dan terhebat yang boleh dicapai menos. Mereka mempunyai persamaan yang ketara dengan manusia, dan setiap daripada mereka adalah lebih kuat daripada seorang shinigami tahap kapten; menurut Tōshirō, sepuluh vasto lorde di bawah pimpinan Aizen adalah lebih daripada mencukupi untuk mengalahkan seluruh Soul Society. Mereka mempunyai populasi yang paling kecil berbanding tahap-tahap menos yang lain, tetapi bilangan mereka secara tepat tidak dapat dipastikan. Mereka dipercayai hidup di bahagian dalaman Hueco Mundo, dan diperlukan Sōsuke Aizen untuk perancangan sulitnya yang masih diselubungi misteri.Ichigo Kurosaki pernah berubah kebentuk ini dalam perlawanannya dengan Ulquiorra Schifer

Arrancar (kadang kala ditulis sebagai allankar atau arankaru) merupakan jenis hollow yang telah menanggalkan topeng mereka dan mendapat kuasa shinigami. Perkataan arrancar berasal daripada kata kerja perkataan Sepanyol yang bermaksud "untuk menanggalkan" ataupun "untuk mengoyakkan", merujuk kepada perbuatan arrancar menanggalkan topeng mereka. Berdasarkan manganya pula, arrancar ditulis sebagai arankaru (破面 "koyak topeng") tetapi tiada sebutan Bahasa Jepun yang asal, sebaliknya menggunakan katakana untuk arankaru.

Bilangan hollow yang mampu menanggalkan topeng mereka secara semula jadinya adalah kecil; jika mereka berjaya pun perubahan yang mereka hadapi tidaklah ketara. Aizen Sōsuke berjaya mencipta arrancar tiruan menggunakan "Bulatan Penggubah" (Orb of Distortion) yang memberi potensi yang lebih besar kepada mereka berbanding dengan proses semula jadinya. Proses pembaharuan hollow kepada arrancar disebut shinigami-ka (死神化).

Arrancar berbeza dengan hollow biasa dalam dua ciri: lokasi lubang di tubuh mereka dan topeng mereka yang lebih jelas berkurangan. Apabila hollow diperbaharui menjadi arrancar, peratus persamaan tubuh badan mereka dengan tubuh badan manusia akan meningkat jike tahap kepandaian mereka bertambah. Hanya arrancar bertahap vasto lorde sahaja yang akan sentiasa mengambil bentuk dan sifat seorang manusia. Arrancar dengan tahap kuasa yang tinggi ataupun mencukupi boleh "menyimpan" kuasa-kuasa lebihan dalam bentuk zanpakutō. Berbeza dengan sebilah zanpakutō seorang shinigami, zanpakutō milik para arrancar cuma menyimpan kuasa yang menyembunyikan bentuk asal tuannya. Ini bermaksud apabila para arrancar "membebaskan" zanpakutō mereka, tubuh badan mereka yang asalnya akan mengambil alih untuk masa yang ditetapkan. Pembebasan zanpakutō para arrancar digelar resurrección (perkataan Sepanyol yang bermaksud "pembangkitan"). Arrancar tidak mempunyai pembebasan tahap terakhir.

Arrancar di bawah arahan Aizen mempunyai corak pakaian yang berbeza. Arrancar tersebut memakai sepasang pakaian seragam yang terdiri daripada sebuah jaket putih, pending hitam, hakama putih, sarung kaki hitam dan sandal putih; secara asasnya, pakaian mereka berlawanan dengan pakaian para shinigami.

Kedudukan arrancar

[sunting | sunting sumber]
Ahli-ahli Espada.
Aras atas: Nnoitora, Barragan, Grimmjow, Aaroniero, Halibel.
Aras bawah: Yammy, Stark, Ulquiorra, Zaera-Polo, Zomari.

Kedudukan dan pangkat arrancar di bawah kuasa Aizen disusun mengikut tahap kekuatan mereka, walaupun bukan semuanya berada di bawah kuasanya.

Espada (十刃(エスパーダ), Esupāda, bahasa Jepun yang bermaksud "sepuluh bilah," bahasa Sepanyol untuk "pedang") merupakan sekumpulan arrancar yang berkedudukan tertinggi dikalangan arrancar Aizen. Setiap ahli Espada dipilih kerana kehebatan mereka beraksi dalam pertempuran dan kemudiannya diberi kedudukan diantara 1 hingga 10 yang menandakan pangkat dan tahap kuasa mereka; tatu di tubuh mereka menandakan nombor mereka di kalangan Espada (sebagai contoh, Grimmjow mempunyai tatu di bahagian bawah belakangnya). Espada diberi kuasa mengawal dan mengarah Número. Para Espada adalah pahlawan arrancar yang terhebat dikalangannya dan kekuatan mereka jauh menandingi Numero biasa. Menurut Aaroniero Arleri, beliau merupakan satu-satunya ahli Espada yang pernah menjadi gillian sebelum melalui pembaharuan. Espada terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita.[1]

Números (数字持ち(ヌメロス), Numerosu, bahasa Jepun yang bermaksud "pemegang nombor," bahasa Sepanyol untuk "nombor") merupakan arrancar yang sebelumnya pernah menjadi menos. Mereka diberikan nombor dua digit di saat mereka dilahirkan dari 11 hingga 99. (Número 11 adalah yang sulung, manakala yang 99 adalah yang bongsu). Mereka dikenalpasti sebagai pahlawan yang pakar. Pakaian seragam asas Número terdiri daripada jaket putih berkolar dan jubah yang diikat pending hitam. Namun begitu, pakaian mereka sering diubahsuai, memberi mereka ciri-ciri tersendiri. Tahap kecekapan Número dalam pertempuran dianggap paling hebat diantara arrancar yang lain (kecuali para Espada ataupun bekas ahlinya).

Fracción (従属官(フラシオン), Furashion, bahasa Jepun yang bermaksud "pegawai kecil-kecilan," bahasa Sepanyol untuk "pecahan") merupakan subseksyen Número yang berkhidmat secara terus dengan setiap satu ahli Espada. Bilangan Fracción yang berkhidmat untuk satu-satu Espada tidak sama; Stark dan Nnoitra Jiruga mempunyai seorang Fracción sahaja, manakala Szayel Aporro Granz mempunyai sekurang-kurangnya dua belas Fracción.

Privaron Espada (十刃落ち(プリバロン・エスパーダ), Puribaron Esupāda, bahasa Jepun yang bermaksud "sepuluh bilah yang telah jatuh," bahasa Sepanyol untuk "pedang yang dilucutkan") merupakan kumpulan bekas ahli Espada yang dilucutkan pangkat mereka dan diberikan nombor tiga digit. Disebabkan mereka bekas Espada, mereka merupakan arrancar yang lebih hebat berbanding dengan arrancar Número biasa. Mereka tinggal di Tres Cifras yang membawa maksud "nombor tiga digit" (selepas diterjemahkan daripada Bahasa Sepanyol). Seperti yang dijelaskan oleh Dordonii, Espada yang dicipta secara "semula jadi" ini telah dianggap lapuk oleh Aizen sebaik sahaja dia mula mencipta arrancar secara tiruan mengikut standard dirinya sendiri.[2]

Exequias (葬討部隊(エクセキアス), Ekusekiasu, bahasa Jepun yang bermaksud "skuad penyerang maut," bahasa Sepanyol untuk "upacara pengebumian") merupakan arrancar di bawah bahagian hukuman di mana mereka diarahkan menghapuskan penceroboh dan pemberontak.[3]

Kebolehan

[sunting | sunting sumber]

Seperti seorang shinigami, Hollow juga mempunyai sejumlah kemahiran dan kebolehan yang besar, setiap daripada kebolehan ini selalunya unik untuk tiap-tiap satu hollow. Para hollow yang lebih hebat selalunya boleh menggunakan kebolehan-kebolehan yang jauh lebih hebat dan berkuasa berbanding dengan kuasa mereka tersendiri. Hollow selalunya mendapat tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan tahap kuasa mereka dengan melapah ataupun memakan roh-roh mati, tetapi sebaik sehaja mereka berada di kawasan-kawasan yang mempunyai kuasa semangat yang tinggi seperti Hueco Mundo, mereka boleh menjana semula kuasa mereka dengan "menyedut" udara dan menukarnya menjadi makanan mereka.[4]

  • Bala (虚弾(バラ), Bara, bahasa Jepun yang bermaksud "peluru hollow," bahasa Sepanyol untuk "peluru") merupakan serangan alternatif terhadap cero yang lebih lemah tetapi dihasilkan dalam masa yang lebih singkat. Teknik ini memampatkan tenaga semangat penggunanya dan dihasilkan hampir dua puluh kali lebih cepat berbanding serangan cero biasa.
  • Cero (虚閃(セロ), Sero, bahasa Jepun untuk "kilat hollow," bahasa Sepanyol untuk "kosong", dilabel sebagai "Tembakan Maut" dalam manga Viz) merupakan pelancaran tenaga kuasa yang boleh dilepaskan melalui tangan ataupun mulut. Setakat ini, hanya menos, arrancar dan vizard sahaja yang pernah ditunjukkan menggunakan serangan ini. Lebih tinggi tahap satu-satu hollow, lebih cekap penggunaan cero mereka. Hollow biasa yang kuat masih tidak dapat dipastikan sama ada mereka berupaya untuk menggunakan serangan ini, namun Kurosaki Ichigo berupaya menggunakannya semasa dirinya diambil alih hollow sepenuhnya semasa latihannya bersama para vizard.
  • Garganta (黒腔(ガルガンタ), Garuganta, bahasa Jepun yang bermaksud "rongga hitam," bahasa Sepanyol untuk "tekak") merupakan kaedah arrancar bergerak dari dan ke Hueco Mundo. Kaname Tōsen telah menunjukkan demonstrasi menggunakan teknik ini. Teknik ini mengoyak buka fabrik dimensi yang memisahkan dunia-dunia, mendedahkan sebuah terowong dipenuhi pusaran, hujanan kuasa yang perlu difokuskan dan dikeraskan untuk mencipta sebuah lorong yang dapat dilihat. Apabila digunakan, teknik ini membuka sebuah dimensi fabrik seperti sebuah pintu.
  • Hierro (鋼皮(イエロ), Iero, bahasa Jepun yang bermaksud "kulit besi," bahasa Sepanyol untuk "besi") merujuk kepada ketebalan atau kekuatan kulit para arrancar. Kulit mereka yang tahan lasak ini adalah disebabkan mampatan kuasa semangat mereka.[5] Walaupun kulit mereka cukup tebal untuk menahan serangan sebilah zanpakutō yang dilepaskan begitu saja, kulit mereka bukannya tidak boleh ditembusi. Lebih hebat arrancar itu, lebih lasak ketahanan kulitnya.
  • Negación (反膜(ネガシオン), Negashion, bahasa Jepun yang bermaksud "membran pembalas," bahasa Sepanyol untuk "nafi/sangkal") merupakan medan yang digunakan untuk menyelamatkan para hollow. Hanya menos tahap gillian sahaja yang pernah menggunakannya. Medan negación mengepong sasaran dalam sebuah cahaya berbentuk segi empat, menghantar sasaran ke dimensi yang lain, justeru mereka selamat daripada serangan luar. Kemudiannya, sasaran itu akan ditarik ke arah menos yang mencipta medan tersebut.[6] Espada mempunyai sejenis alatan berbentuk kiub yang digelar Caja Negación (反膜の匪(カハ・ネガシオン), Kaha Negashion, bahasa Jepun yang bermaksud "penyangkalan pembalas membran," bahasa Sepanyol untuk "Kotak Penyangkalan") yang berperanan untuk mencipta medan-medan negación, yang digunakan untuk menghukum pembantu-pembantu mereka jika diperlukan. Kiub tersebut, jika digunakan ke atas seseorang, akan memerangkap mereka di sebuah dimensi alternatif yang tiada jalan keluar; namun, ini adalah benar jika ianya digunakan selaras dengan peranan yang perlu dimainkan objek itu. Arrancar yang lebih berkuasa, terutamanya golongan Espada sendiri, boleh melepaskan diri mereka jika diberikan masa yang mencukupi.[7]
  • Pesquisa (探査回路(ペスキス), Pesukisu, bahasa Jepun yang bermaksud "litar penyelidikan", bahasa Sepanyol untuk "penyelidikan") merupakan kebolehan para arrancar untuk mengesan kehadiran semangat, bersamaan dengan kuasa seorang shinigami yang juga dapat mengesan kehadiran semangat.[8]
  • Sonido (響転(ソニード), Sonīdo, bahasa Jepun yang bermaksud "revolusi bergema," bahasa Sepanyol untuk "bunyi") merupakan kebolehan para arrancar untuk berlangkah laju seperti pergerakan langkah kilat ataupun hirenkyaku seorang Quincy.[9] Sonido membolehkan arrancar untuk bergerak dengan kelajuan yang mustahil di antara dua jarak kecil. Penggunaan sonido dihasilkan oleh bunyi statik dalam jangka masa yang pendek, bertentangan dengan bunyi "swish" yang dihasilkan oleh pergerakan langkah kilat shinigami.
  • Gonzui (魂吸(ゴンズイ), gonzui, bahasa Jepun yang bermaksud "hembusan roh") merupakan kebolehan yang digunakan Yammy untuk memerah keluar roh daripada manusia yang masih hidup dan menghisap roh mereka. Teknik ini berkesan ke atas mereka dengan semangat yang rendah. Teknik ini disebut sebagai teknik generik seorang arrancar dalam salah sebuah "Segmen Penyelidikan Arrancar" siri anime Bleach.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Manga Bleach; bab 244, halaman 16-17.
  2. ^ Manga Bleach; bab 254, halaman 1.
  3. ^ Manga Bleach; bab 254, halaman 12-15.
  4. ^ Manga Bleach; bab 245, halaman 16.
  5. ^ Manga Bleach; bab 203, halaman 01.
  6. ^ Manga Bleach; bab 178, halaman 10.
  7. ^ Manga Bleach; bab 278, halaman 16.
  8. ^ Manga Bleach; bab 199, halaman 16.
  9. ^ Manga Bleach; bab 210, halaman 11.