iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hague
Den Haag - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Den Haag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Hague)
Den Haag
's-Gravenhage
The Hague
Dari atas ke bawah, kiri ke kanan: Kurhaus, Mauritshuis, Hofvijver dekat Binnenhof, Istana Keamanan dan Istana Noordeinde
Bendera Den Haag
Jata Den Haag
Nama panggilan: Residentie (bahasa Inggeris: Residence), Hofstad (Kota undang-undang), Stad achter de duinen (Bandar di sebalik )
Cogan kata: Vrede en Recht (Keamanan dan keadilan)
Highlighted position of The Hague in a municipal map of South Holland
Lokasi di South Holland
Koordinat: 52°5′N 4°19′E / 52.083°N 4.317°E / 52.083; 4.317Koordinat: 52°5′N 4°19′E / 52.083°N 4.317°E / 52.083; 4.317
NegaraBelanda
WilayahTemplat:Country data South Holland
Dewan bandaranDewan bandaran The Hague
Boroughs
Pentadbiran
 • BadanMajlis perbandaran
 • Datuk BandarPauline Krikke (VVD)
 • Aldermen
List
  • Rabin Baldewsingh
  • Saskia Bruines
  • Tom de Bruijn
  • Karsten Klein
  • Boudewijn Revis
  • Joris Wijsmuller
Keluasan
 • Kawasan perbandaran98.12 km2 (37.88 batu persegi)
 • Tanah81.88 km2 (31.61 batu persegi)
 • Air16.24 km2 (6.27 batu persegi)
 • Randstad3,043 km2 (1,175 batu persegi)
Aras1 m (3 ft)
Penduduk
 (Kawasan perbandaran, Ogos 2017; Luar bandar dan metro, Mei 2014; Randstad, 2011)[4][6][7]
 • Kawasan perbandaran527,748
 • Kepadatan6,445/km2 (16,690/batu persegi)
 • Bandar
657,894
 • Metro
1,054,793
 • Kawasan metropolitan
2,261,844
 • Randstad
6,979,500
DemonimHagenaar atau Hagenees
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
2490–2599
Kod pendailan070, 015
Laman sesawangwww.denhaag.nl

Den Haag (disebut [dɛn ˈɦaːx] , paling dekat [dén hakh] atau [dén hag], bahasa Inggeris: The Hague[8] atau The Haige[9]) adalah sebuah gemeente, kota pemerintahan Belanda dan tempat parlimen, serta ibu provinsi Zuid-Holland. Di bandar ini juga terdapat kedutaan besar negara-negara asing. Meskipun demikian, Den Haag bukan ibu kota Belanda tetapi sebaliknya Amsterdam. Kependudukannya sebanyak 475,580 orang (1 Januari 2006) dalam keluasan kira-kira 100 km².

Kota ini telah wujud sejak tahun 1248, namun ia baru mendapat taraf sebagai bandar pada tahun 1806; hal ini menyebabkan Den Haag tidak memiliki sebuah universiti. Ia menempatkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa iaitu badan kehakiman PBB.[10]

Nama tempat ini bermaksud "pagar" dalam bahasa Belanda[11] sempena peranannya sebagai tempat berburu oleh Floris IV, seorang pembesar (graaf) negeri Holland di mana sebuah kediaman dibina untuknya dalam pekarangan tersebut. Pada tahun 1602/1603, pimpinan bandar mula menggunakan nama panjang rasmi 's-⁠Gravenhage (disebut [ˌsxraːvə(n)ˈɦaːɣə] ) yang membawa maksud "Tanah Pagaran Pembesar".[8]

Gambar satelit kota Den Haag.

Sejak tahun 1990, pemerintah gemeente secara konsistennya menggunakan nama Den Haag (dan bukan 's-Gravenhage), Hal ini antara lain disebabkan bandar ini semakin mendapat perhatian dunia dengan tarafnya sebagai ibu negara undang-undang dunia (IGH; VN-ISH). Selain itu hal ini dilakukan supaya lebih mirip dengan nama-nama asing bandar ini seperti The Hague dalam bahasa Inggeris, La Haye dalam bahasa Perancis, (Den) Haag dalam bahasa Jerman dan La Haya dalam bahasa Sepanyol. Pada tahun 1990 sebuah usulan untuk mengganti nama kota secara rasmi Den Haag ditolak.

Dalam bahasa Belanda baku, seorang penduduk Den Haag dikenali sebagai Hagenaar. Namun dalam bahasa Belanda tempatan penduduk Den Haag dikenali sebagai Hagenees.

Sejarah awal dan Zaman Pertengahan

[sunting | sunting sumber]

Den Haag sudah wujud sejak tahun 1230, ketika seorang bangsawan graaf Floris IV dari Belanda membina sebuah istana sederhana pada tanah Vrouwe Meilindis van Wassenaer. Pada tahun 1248 graaf Willem II, yang kemudian menjadi Maharaja Empayar Suci Rom, membina sebuah istana yang lebih baik pada sebuah empangan yang sekarang menjadi sebuah kolam bernama Hofvijver. Puteranya Floris V yang akhirnya menguruskan pembinaan sehingga gedung istana yang dikenali sebagai Ridderzaal ini selesai dibina setelah kemangkatan awal Willem.

Gedung Ridderzaal dan Binnenhof diperkuat, namun desa yang berada di sekelilingnya tidak pernah diberi hak kota, meski Den Haag merupakan tempat tinggal para bangsawan Holland. Kota Den Haag dapat tumbuh sebagai kompromi dari kota-kota utama Holland lainnya, namun pada masa yang sama kota-kota tersebut menghalangi Den Haag dari mendapatkan hak kota dan menjadi sebuah kota berbenteng.

Penaklukan

[sunting | sunting sumber]

Kerana Den Haag tidak dilindungi tembok kota, maka bandar ini telah diserang pada tahun 1528 oleh seorang askar dari Gelderland bernama Maarten van Rossum yang membakar habisan kesemua bangunan di luar istana bangsawan di Den Haag.

Perang Lapan Puluh Tahun

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun-tahun awal Perang Lapan Puluh Tahun, Den Haag telah dijajah dan para penduduknya habis lari. Sewaktu kota Leiden dikepung Sepanyol, Den Haag merupakan markas besar dan pangkalan pihaak tersebut.

Sebenarnya sejak tahun 1400-an lagi Den Haag sudah memiliki beberapa ribu orang penduduk sehingga sebenarnya layak berstatus bandar dan bukan desa. Namun sebuah bandar pada ketika itu seharusnya memiliki kadar autonomi yang cukup tinggi sehinggalah para bangsawan (graaf atau graven) Holland dan pemerintah terkemudian, para pemerintah Bourgondia dan Habsburg, memilih untuk berkuasa secara penuh pada tempat tinggal mereka. Kemudian mulai tahun 1581, Republiek der Zeven Verenigde Nederlanden ("Republik Tujuh Wilayah Belanda Yang Bersatu") meneruskan status ini, kerana Den Haag merupakan tempat berdirinya Staten-Generaal, atau kawasan pentadbiran kerajaan yang tertinggi.

Dengan status tersebut Istana Stadhouder ("semacam pemerintahan") Holland juga terletak di Den Haag. Kemudian pada tahun 1580 terdapat perdebatan sengit mengenai nasib Den Haag yang mungkin akan dibangunkan lagi atau tidak. Kota Delft yang sangat berkuasa ketika itu kurang suka jika di daerah sekitarnya dibangunkan sebuah kota yang penting dan mungkin menjadi saingannya. Selain itu Delft juga menginginkan supaya Staten-Generaal masih tetap berada di kota itu. Akhirnya kata putus dibuat untuk membangun kembali kota Den Haag dan supaya Staten-Generaal tetap berada di kota ini.

Masa Emas

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1622 Den Haag memiliki penduduk sebesar 16,000 orang. Pada abad ke-17 Den Haag dikelilingi oleh parit-parit yang dikenali sebagai gracht dalam bahasa Belanda. Parit-parit oleh stadhouder pangeran Maurits dianggap sebagai peringkat awal daripada sebuah sistem pertahanan. Namun sistem pertahanan sejati yang semula direncanakan akhirnya tidak pernah siap.

Pada akhir abad ke-18, jumlah penduduk "desa" ini sudah mencapai 40,000 orang penduduk dan merupakan tempat ketiga di Belanda yang terbesar (setelah Amsterdam dan Rotterdam). Berkat keberadaan istana stadhouder, Staten-Generaal dan diplomat-diplomat asing serta kaum bangsawan (asing), Den Haag memiliki ciri khas aristokratik yang membedakannya dengan kebanyakan kota-kota di Belanda. Selain itu terdapat perbezaan yang besar antara permukiman kaum bangsawan di dekat Buitenhof dan Voorhout dengan daerah-daerah "desa" ini yang lebih merakyat.

Pasca Era Napoleon

[sunting | sunting sumber]

Kemudian pada tahun 1806, pada masa pendudukan Perancis, barulah Den Haag diwartakan sebagai bandar raya. Namun pada masa itu sebuah tembok kota akan menghindari perkembangan kota. Oleh karena itu Den Haag tetap tidak memiliki tembok kota dan boleh berkembang secara leluasa. Setelah tahun 1850, kota ini terus berkembang melampaui parit-parit yang mengelilingi kota ini. Penduduknya kala itu berjumlah 70,000 orang. Pada sekitar 1870 jumlah penduduk mencapai 100,000 orang. Kemudian sekitar tahun 1900 pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, jumlah penduduk mencapai sebanyak 200,000 orang keseluruhannya.

Pada awal abad ke-20, pada sisi selatan pusat kota lama muncul banyak perkampungan rakyat yang padat. Sementara itu pada waktu yang sama di gumuk-gumuk di dekat pantai muncul tempat pemukiman orang-orang kaya. Pada waktu itu Den Haag juga memerankan peran yang penting dalam aliran seni lukisan yang dikenali dengan istilah Haagse School ("Aliran" atau "Sekolah Den Haag").

Lalu pada tahun 1899 di Den Haag diadakan "Persidangan Pertama Den Haag". Hal ini mengakibatkan didirikannya "Dewan Timbang Tara Antrabangsa" yang juga ada di Den Haag sampai sekarang. Seorang konglomerat Amerika Syarikat, Andrew Carnegie, menyumbang dana sebesar $1,500,000 untuk membangun Vredespaleis ("Istana Perdamaian"). Vredespaleis dibangun antara tahun 1907 dan 1913. Dewan Timbang Tara Antarabangsa ini akhirnya berpusat di Vredespaleis. Di kemudian hari Dewan Pengadilan Antarabangsa juga akan berpusat di Vredesplaies.

Setelah Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Belanda terlibat dalam Perang Dunia Kedua pada tanggal 10 Mei 1940. Kedudukannya sebagai kota pemerintahan Belanda menjadi sasaran penting tentera Jerman Nazi. Beberapa hari setelah Belanda diserang, Den Haag dikuasai dan dijadikan tempat pusat pemerintahan Jerman.

Den Haag moden pada awal abad ke-21. Pemandangan dari Malieveld ("alun-alun" kota Den Haag).

Pada masa-masa akhir Perang Dunia Kedua, pada 3 Mac 1945, bandar Den Haag dibom secara besar-besaran oleh Angkatan Udara United Kingdom di daerah perkampungan Bezuidenhout. Peristiwa ini menewaskan 510 orang penduduk Den Haag. Pengeboman dilakukan oleh Tentera Berikat untuk menghancurkan tempat-tempat pelancaran kenderaan roket V2 Jerman.

Kemudian setelah Hindia-Belanda merdeka dan menjadi Indonesia, sekitar pada tahun 1950, banyak penduduk kacukan Indonesia-Belanda yang kembali ke Belanda. Mereka banyak menetap di Den Haag dan membuat bandar ini mendapatkan ciri khas Indisch. Oleh kerana itu bandar ini juga sering dikenali sebagai weduwe van Indië ("janda Hindia(-Belanda)).

Akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21

[sunting | sunting sumber]

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, Den Haag mulai berkembang pesat. Projek-projek pembangunan besar dilaksanakan. Lalu Den Haag sebagai kota juga mengembangkan wilayahnya dan mencakup wilayah gemeente-gemeente sekitarnya kerana kekurangan tempat membangun.

Pengilhakan pertama terjadi pada tahun 1923. Kala itu Loosduinen dicakup Den Haag. Pada tahun 1994, sebahagian daerah Wateringen dicakup dan pada 1 Januari 2002, daerah-daerah sekitar seperti Leidschenveen dan Ypenburg diambil Den Haag. Tanah yang diambil sebelumnya termasuk wilayah Leidschendam, Pijnacker, Rijswijk, dan Voorburg.

Pembahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Pembahagian perkampungan Den Haag
Binnenhof dengan pencakar langit Den Haag
Dewan bandaraya Den Haag yang baru, yang juga memiliki nama julukan "Het IJspaleis" (Istana Ais)
Jalan "Laan van Meerdervoort" pada perempatan dengan jalan "Zoutmanstraat", dilihat dari atap sekolah Gymnasium Haganum

Gemeente Den Haag dibahagi lagi menjadi lapan stadsdeel ("bahagian bandar"). Kemudian setiap stadsdeel dibahagi lagi menjadi sebuah buurt atau wijk, namun setiap buurt atau wijk tidak memiliki sebarang kuasa.

Jumlah penduduk:

Statistik

[sunting | sunting sumber]

Perkembangan penduduk Den Haag (setiap tanggal 1 Januari)

Tempat menarik di Den Haag

[sunting | sunting sumber]
Ridderzaal
Pekan Cina di Den Haag

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Burgemeester Jozias van Aartsen" [Mayor Jozias van Aartsen] (dalam bahasa Belanda). Gemeente Den Haag. 17 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2014. Dicapai pada 25 Julai 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Het college van burgemeester en wethouders" [Lembaga datuk bandar dan ahli mukim] (dalam bahasa Belanda). Gemeente Den Haag. 23 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2013. Dicapai pada 25 Julai 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Kerncijfers wijken en buurten" [Key figures for neighbourhoods]. CBS Statline (dalam bahasa Dutch). CBS. 2 July 2013. Dicapai pada 12 March 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ a b Anita Bouman–Eijs; Thijmen van Bree; Wouter Jonkhoff; Olaf Koops; Walter Manshanden; Elmer Rietveld (17 December 2012). De Top 20 van Europese grootstedelijke regio's 1995–2011; Randstad Holland in internationaal perspectief [Top 20 of European metropolitan regions 1995–2011; Randstad Holland compared internationally] (PDF) (Laporan teknikal) (dalam bahasa Belanda). Delft: TNO. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-03. Dicapai pada 25 July 2013.
  5. ^ "Alatan poskod untuk 2511BT". Actueel Hoogtebestand Nederland (dalam bahasa Belanda). Het Waterschapshuis. Dicapai pada 23 Julai 2013.
  6. ^ "Bevolkingsontwikkeling; regio per maand" [Pertumbuhan populasi; kawasan per bulan]. CBS Statline (dalam bahasa Belanda). CBS. 27 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  7. ^ "Bevolkingsontwikkeling; regio per maand" [Pertumbuhan populasi; Kawasan per bulan]. CBS Statline (dalam bahasa Belanda). CBS. 26 June 2014. Dicapai pada 24 July 2014.
  8. ^ a b "Wat is juist: Den Haag of 's-Gravenhage?". Taal Loket (dalam bahasa Belanda). Onze Taal. Dicapai pada 31 Ogo 2024. ...het Engelse The Hague [nama Inggerisnya The Hague]...
  9. ^ Websters New Dictionary and Thesaurus Consise Edition. Windsor court, New York, N.Y. U.S.A: Geddes & Grosset. 1990. m/s. 1013. ISBN 1855340399.
  10. ^ "Internationale organisaties in Den Haag". Gemeente Den Haag (dalam bahasa Belanda). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2019. Dicapai pada 3 February 2019.
  11. ^ Badings, A. H. L. (1901). "haag". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 101 – melalui Delpher. vr. heg, pâgar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]