Geseran dwibibir tak bersuara
Penampilan
Nombor AFA | 126 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | p\ | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran dwibibir tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɸ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan p\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri geseran dwibibir tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.