iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gajus
Gajus - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Gajus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gajus
Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. occidentale
Nama binomial
Anacardium occidentale

Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, ketereh, bunga kesasar, atau jambu terung[1] adalah sejenis pokok berbuah. Dikenali sebagai buah janggus di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Kedah, Perlis & Pulau Pinang. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale[2][1][3] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae.

Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam masyarakat peribumi sana untuk mendapatkan bijinya. Buah ini kemudian tersebar ke Dunia Lama melalui penjelajahan orang Portugis dari kawasan tersebut ke Goa sekitar tahun 1560-an, dari situlah ia tersebar ke Asia Tenggara dan Afrika.

"Gajus" (Jawi: ڬاجوس) merupakan pinjaman Portugis: cajus atau bentuk tunggalnya caju;[4] ia serapan perkataan bahasa Tupi acajú yang ditafsirkan bermaksud "kacang yang terhasil sendiri" (nut that produces itself),[5] namun ia juga difikir datang dari penyerapan acaiú dalam bahasa sama dibentuk daripada a- ("buah", fruto) + ´ác- ("mengeluarkan", que trava) + aiú- ("serat", fibroso) lalu diertikan sebagai "buah yang mengeluarkan serat" (fruto que trava fibroso). Nama ini yang diterapkan dalam dialek Johor-Riau selaku asas bahasa baku turut dimetatesis kepada beberapa nama lain yang ada dalam dialek-dialek tertentu seperti janggus (Jawi: جڠڬوس, di Kedah, Johor dan Kelantan),[6] jagus (di Brunei) dan kanjus.[7][8]

Tumbuhan ini turut diberi nama dari buah pudungnya yang sebiji bentuk buah jambu. Nama jambu monyet didapati di Riau[9][10] turut dikongsi bahasa-bahasa serumpun lain seperti:[10]

Nama jambu golok pula ada dari dialek Melaka dan Terengganu datang daripada bentuk bijinya di luar pudung buah yang membengkok seperti hulu golok.[9][11]

Ketereh dan tere datang dari dialek di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.[11][12][13]

Lukisan botani gajus.

Pokok buah gajus jenis malar hijau sederhana besar mampu mencecah setinggi 8-12 m, dengan cabang banyak dan berkanopi terbuka. Batangnya melengkung, berkayu, bergetah. Dedaun ia tunggal dan sederhana besar bersusunan berselang-seli dari tangkai berbentuk bujur telur dengan pangkal runcing dan hujung membulat dengan ukuran 8–22 sm panjang × 5–13/15 sm lebar.[14][2] Dedan tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat,[2] licin, urat sisi jelas kelihatan.

Bunga kecil dihasilkan sederhana besar kedua-dua berputik yang jantan dan betina[2] tersusun menjambak keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Bunga yang telah disenyawakan akan menghasilkan buah jenis drup terlebih dahulu[5] berbentuk ginjal dan keras terhasil berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang.

Pudung yang memegang bunga asal atau hipokarpium[15] pula kemudian mengembang[5] dan menghijau sebelum bertukar warna menguning atau memerah setelah matang - pudung ini sering disalah sangka sebagai buah. Biji yang dihasilkan dalam buah terjengul ini berupa sejenis kekeras.[2]

Biji atau kacang

[sunting | sunting sumber]

Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang, malah ia sendiri dimasak dan dimakan seumpama kacang sebagai makanan ringan baik digoreng atau dipanggang untuk dijual di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.

Getah dan bijinya mempunyai getah berbisa yang boleh mengakibatkan kudis serta merengsakan kerongkong[2] serta juga komponen-komponen lain seperti lipid fenol, asid anakardik dan kardanol.[16][17] Maka, biji-biji ini perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum ia dapat dimakan.

Sisa kulit hasil pemprosesan kacang gajus ini mengandungi minyak yang digunakan dalam perubatan tradisional mahupun merawat kayu mengelakkan dari dimamah anai-anai.[18][19] serta memberi perlindungan kepada jala.[19] Kardanol dalam kulit kacang ini (sebanyak 5%)[20][21] juga dimanfaatkan untuk menghasilkan resin dan cecair lapisan industri.[22][21]

Pudung buah

[sunting | sunting sumber]

Pudung buah atau "jambu" tumbuhan ini lembut dan sarat berair dengan rasa manis, ia boleh dimakan terus serta digunakan sebagai sayur dalam masakan sebaiknya tidak lama selepas saat dituai kerana ia cepat rosak. Air diperah dari "buah jambu" ini dapat diusahakan membuat sirap atau ditapai menjadi suatu minuman keras.[19]

Bahagian lain

[sunting | sunting sumber]

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.[2]

Kayunya agak bernilai rendah lalu sangat jarang dipergunakan melainkan sebagai kayu bakar api atau untuk membuat perkakas bermutu rendah.[10]

Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur.[perlu rujukan] Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah.[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "VOLUME II - SUPPORTING STUDIES AND ADDITIONAL INFORMATION FOR THE MANAGEMENT OF PENANG NATIONAL PARK" (PDF). PERHILITAN.[pautan mati kekal]
  2. ^ a b c d e f g Hean Chooi Ong (2004). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 52–53. ISBN 967-61-1560-6.
  3. ^ Che Nin Man. "Tumbuh-Tumbuhan Penyebab Dermatitis". Dewan Kosmik. No. Januari 2003.
  4. ^ Muzzi, Geraldo Affonso (2014). The Portuguese in Malay Land. Ediçoes Vercial. m/s. 92.
  5. ^ a b c Morton, Julia F (1987). Cashew apple, Anacardium occidentale L. Fruits of warm climates, Julia F. Morton. Center for New Crops and Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University, W. Lafayette, IN. m/s. 239–240. ISBN 978-0-9610184-1-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2007. Dicapai pada 18 Mac 2007.
  6. ^ "janggus", di Wilkinson (1901), m/s. 226.
  7. ^ "kanjus", di Wilkinson (1901), m/s. 538.
  8. ^ Amat Juhari Moain (1993). "Bahasa Melayu dan Dialek Daerahnya". Sari. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia,. 11: 63–86.CS1 maint: extra punctuation (link)
  9. ^ a b "jambu", di Wilkinson (1901), m/s. 226.
  10. ^ a b c Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 2. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya,. m/s. 1223–1225.CS1 maint: extra punctuation (link)
  11. ^ a b Zawiah Ngah; Othaman Hasin (2012). 99 spesies buah di FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 22.
  12. ^ "'tere' - Glosari Dialek Kelantan". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  13. ^ "ketereh". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  14. ^ Steenis, CGGJ van. 1981. Flora, untuk sekolah di Indonesia. PT Pradnya Paramita, Jakarta. Hal. 271
  15. ^ Varghese, T.; Pundir, Y. (1964). "Anatomy of the pseudocarp in Anacardium occidentale L.". Proceedings of the Indian Academy of Sciences, Section B. 59 (5): 252–258.
  16. ^ James A Duke (1983). "Anacardium occidentale L." Handbook of Energy Crops. (unpublished); In: NewCROP, New Crop Resource Online Program, Center for New Crops and Plant Products, Purdue University. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  17. ^ Rosen T.; Fordice, D. B. (1994). "Cashew nut dermatitis". South Med J. 87 (4): 543–46. doi:10.1097/00007611-199404000-00026. PMID 8153790.
  18. ^ Clay, Jason W. World Agriculture and the Environment. m/s. 268.
  19. ^ a b c van Eijnatten, C. L. M. (1997). "Anacardium occidentale L.". Dalam Verheij, E. W. M.; Coronel, R. E. (penyunting). Sumber Daya Nabati Asia Tenggara. 2: Buah-buahan yang dapat dimakan. Jakarta: PROSEA – Gramedia. m/s. 61–64. ISBN 979-511-672-2 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  20. ^ Hamad F. B.; Mubofu E. B. (2015). "Potential biological applications of bio-based anacardic acids and their derivatives". Int J Mol Sci. 16 (4): 8569–90. doi:10.3390/ijms16048569. PMC 4425097. PMID 25894225.
  21. ^ a b "Exposure and Use Data for Cashew Nut Shell Liquid" (PDF). United States Environmental Protection Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 May 2013. Dicapai pada 12 January 2012.
  22. ^ Alexander H. Tullo (8 September 2008). "A Nutty Chemical". Chemical and Engineering News. 86 (36): 26–27. doi:10.1021/cen-v086n033.p026.
Sumber utama
  • Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.