iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektrik
Elektrik - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kilat menyambar tatkala hujan lebat pada waktu malam. Tenaga tersebar dalam bentuk cahaya apabila aliran arus elektrik yang kuat mengalir menerusi atmosfera Bumi.

Elektrik (Jawi: ايليكتريق) ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

Konsep-konsep elektrik

[sunting | sunting sumber]

Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat:

  • Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.
  • Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
  • Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
  • Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
  • Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
  • Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.

Sejarah penemuan

[sunting | sunting sumber]
Nikola Tesla

Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok bahan-bahan tertentu seperti ambar pada kain bulu. Perkataan "elektrik" itu sendiri dicipta daripada istilah bahasa Latin Baru electricus ("seakan ambar") daripada kata akar bahasa Yunani iaitu ἤλεκτρον elektron yang bermaksud "ambar" merujuk kepada sifat ini.[1][2]

Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Benjamin Franklin merupakan antara pengkaji utama meneliti sifat-sifat elektrik ini sehingga banyak membelanjakan harta bendanya merealisasi hal sedemikian. Pada Jun 1752, beliau dicatatkan melakukan percubaan menerbangkan layang-layang yang diikat sebentuk kunci pada hujung ekornya mengharungi suatu ribut yang mendatang;[3] apabila kunci itu disentuh, beberapa percikan api mengena tangannya berturut-turut lalu menyimpulkan sifat elektrik dalam kilat yang menyambar dalam awan-awan ribut ini.[4] Pemahaman ini ada diterapkan dalam perkamusan Melayu awal seperti Buku Katan Kamus Melayu tahun 1936 yang menjelaskan kuasa ini sebagai suatu "kuasa kilat".[5] Ini selain teori-teori Franklin mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (17751836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

Unit SI bagi elektrik

[sunting | sunting sumber]
Unit keelektromagnetan Sistem Unit Antarabangsa

sunting

Simbol Nama kuantiti Unit-unit terbitan Unit Unit-unit asas
I Arus ampere (Unit asas SI) A A = W/V = C/s
q Cas elektrik, Kuantiti elektrik coulomb C A·s
V Beza keupayaan volt V J/C = kg·m2·s−3·A−1
R, Z, X Rintangan, Impedans (Galangan), Reaktans (Regangan) ohm Ω V/A = kg·m2·s−3·A−2
ρ Kerintangan ohm meter Ω·m kg·m3·s−3·A−2
P Kuasa elektrik watt W V·A = kg·m2·s−3
C Kapasitans (Kemuatan) farad F q/V = kg−1·m−2·A2·s4
Elastans (Anjalan) salingan farad F−1 V/C = kg·m2·A−2·s−4
ε Ketelusan farad per meter F/m kg−1·m−3·A2·s4
χe Kerentanan elektrik (tidak berdimensi) - -
G, Y, B Konduksian (Kealiran), Admitans (Lepasan), Rentanan siemens S Ω−1 = kg−1·m−2·s3·A2
σ Kekonduksian (Keberaliran) siemens per meter S/m kg−1·m−3·s3·A2
H Medan elektrik tambahan, keamatan medan elektrik,
kekuatan medan elektrik
ampere per meter A/m A·m−1
Φm Fluks magnet weber Wb V·s = kg·m2·s−2·A−1
B Medan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet
tesla T Wb/m2 = kg·s−2·A−1
Keengganan (Reluktans) ampere-pusingan per weber A/Wb kg−1·m−2·s2·A2
L Induktans (Kearuhan) henry H Wb/A = V·s/A = kg·m2·s−2·A−2
μ Kebolehtelapan henry per meter H/m kg·m·s−2·A−2
χm Kerentanan magnet (tidak berdimensi) - -
  1. ^ Baigrie, Brian (2006), Electricity and Magnetism: A Historical Perspective, Greenwood Press, m/s. 7–8, ISBN 0-313-33358-0
  2. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "electriciteit (H) electricity (E)" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 91. Orang dapatken tenaga lestrik ada dari lantaran penggosokan batoe amber sampe panas, hingga itoe hawa panas ada poenja tenaga menarik...
  3. ^ Srodes, James (2002), Franklin: The Essential Founding Father, Regnery Publishing, m/s. 92–94, ISBN 0-89526-163-4 Kesahihan jika beliau benar-benar melakukan uji kaji langsung sebegitu tidak dapat dipastikan, tetapi tokoh ini paling kuat berkaitan dengan pencerapan tersebut.
  4. ^ Uman, Martin (1987), All About Lightning (PDF), Dover Publications, ISBN 0-486-25237-X
  5. ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "elektrik". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 66. ISBN 9789836252272.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]