iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinasti_Shun
Dinasti Shun - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Dinasti Shun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shun Besar
大順
1644–1644
Keluasan Dinasti Shun pada 1644
Keluasan Dinasti Shun pada 1644
Ibu negaraXi'an
(1644)
Beijing
(1644-5 Jun, 1644)
Bahasa yang umum digunakanCina
Agama
Buddhism, Taoism, Confucianism, agama rakyat China
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1644-1646
Li Zicheng
Sejarah 
• Ditubuhkan di Xi'an
1644 1644
• Penawanan Beijing
1644
• Kejatuhan Beijing
5 Jun, 1644 1644
• Maharaja Li Zicheng terbunuh
1645
Mata wangsyiling China, matawang China
Didahului oleh
Diganti oleh
Dinasti Ming
Dinasti Qing

Dinasti Shun (Cina Ringkas: 顺朝; Cina Tradisional: 順朝; pinyin: Shùn cháo) adalah sebuah dinasti maharaja yang mempunyai jangka masa pemerintahan yang pendek di antara selepas pemerintahan Ming kepada Qing di China. Dinasti ini ditubuhkan di Xi'an pada 8 Februari, 1644, iaitu hari pertama tahun bulan, oleh Li Zicheng, pemimpin bagi pemberontakan besar petani. Li, bagaimanapun, hanya menggunakan gelaran Raja(王), bukannya Maharaja(皇帝). Penawanan Beijing oleh pasukan tentera Shun pada bulan April 1644 menandakan penamat kepada Dinasti Ming, akan tetapi Li Zicheng gagal untuk memperkuatkan mandat. Pada khir bulan Mei 1644, beliau telah dikalahkan dalam Pertempuran Genting Shanhai oleh pasukan tentera gabungan jeneral Ming, Wu Sangui dan putera Manchu, Dorgon. Apabila beliau melarikan diri kembali ke Beijing pada awal bulan Jun, Li akhirnya mengistiharkan diri beliau sebagai maharaja China dan meninggalkan ibu kota secara tergesa-gesa. Dinasti Shun berakhir dengan kematian Li pada tahun 1645.

Selepas Dinasti Shun ditubuhkan, Li Zicheng telah mengarahkan tentera untuk membunuh kaum Ming yang masih tinggal di Beijing. Ini menyebabkan pemberontakan besar-besaran oleh tentera di selatan Ming. Tambahan lagi, para menteri Shun secara berterusan berebutan kuasa, dan menyebabkan dinasti ini bertahan hanya setahun.

Jeneral dan menteri

[sunting | sunting sumber]
  • Liu Zongmin (劉宗敏) jeneral
  • Niu Jinxing (牛金星) Perdana Menteri
  • Li Guo (李過) jeneral
  • Gu Jun'en (顧君恩) staf
  • Gao Jie (高傑) jeneral
  • Li Yan (李岩) staf
  • Song Xiance (宋獻策) staf
  • Hao Yaoqi (郝搖旗) jeneral
  • Lady Gao (李妻高氏) isteri Li Zicheng; jeneral
Didahului oleh
Dinasti Ming
Dinasti dalam sejarah China
1644
Diikuti oleh:
Dinasti Qing