iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Cordell_Hull
Cordell Hull - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Cordell Hull

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cordell Hull

Cordell Hull (lahir di Olympus, Pickett County, Tennessee , 2 Oktober 1871  – meninggal di Washington DC , 23 Julai 1955 pada umur 83 tahun) ialah seorang senator dari Tennessee, Amerika Syarikat.

Ia lulus dari Fakulti Undang-undang Universiti Cumberland, Lubnan, Tennessee, pada tahun 1891, lalu diterima sebagai peguam pada tahun yang sama dan mula berpraktek di Celina, Tennessee. Ia juga merupakan ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat antara tahun 1893 - 1897. Selama Perang Sepanyol-Amerika ia berkhidmat dengan pangkat kapten, selepas itu ia menjadi hakim di lingkaran kehakiman ke-5 di Tennessee (1903 - 1906), lalu dilantik sebagai ahli Demokrat ke-60 dan keenam kongres berikutnya (4 Mac 1907 - 3 Mac 1921).

Ia gagal sebagai calon untuk pemilihan semula pada tahun 1920 ke Kongres ke-67, lalu menjabat sebagai ketua Jawatankuasa Eksekutif Nasional Parti Demokrat antara tahun 1921 - 1924, selepas itu dipilih lagi ke Kongres ke-68 dan 3 kongres berikutnya (4 Mac 1923 - 3 Mac 1931). Ia bukan calon lagi untuk renominasi pada tahun 1930, kerana telah menjadi kanfifat untuk senator, lantas ia dipilih ke Senat Amerika Syarikat dari Demokrat pada tahun 1930 dan berkhidmat dari tarikh 4 Mac 1931, hingga 3 Mac 1933, ketika ia menjabat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Ia dipilih sebagai setiausaha negara dalam kabinet Franklin Delano Roosevelt, menjabat hingga tarikh 1 Disember 1944.

Ia dikenali sebagai Bapak PBB, dianugerahkan Nobel Keamanan pada tahun 1945. Setelah habis masa jabatannya, ia tinggal di Washington, DC hingga kematiannya. Ia dikebumikan di Kubah Makam Tengah di Gereja St. Joseph of Arimathea di Katedral Washington, Washington D.C..