iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/Brickfields
Brickfields - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Brickfields

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Brickfield
India Kecil Kuala Lumpur
Transkripsi Other
 • Tamilபிரிக்பீல்ட்ஸ்
 • Jawiبريکفيلدس
Dari kiri atas ke kanan: Jalan Tun Sambanthan di Brickfields., Kuala Lumpur Sentral, Gerbang Torana di Brickfield, Kuil Sri Kandaswamy di Jalan Scott, Pejabat persatuan orang buta Malaysia, Gereja Lutheran Zion
Country Malaysia
Wilayah PersekutuanKuala Lumpur
Daerah pemilihanBukit Bintang
Pemerintah LokalDewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pentadbiran
 • Datuk BandarMhd Amin Nordin Abdul Aziz
Demonim
  • Rochor resident
Kode Pos
50470

Brickfields ialah sebuah perbandaran dan kawasan penempatan di pinggir pusat bandar Klang, Malaysia. Ia adalah antara sebilangan kecil tempat di Kuala Lumpur yang masih lagi menggunakan nama Inggeris. Brickfields juga terkenal sebagai "Little India" oleh kerana kebanyakan penduduknya yang berbangsa India.Pada 17 Oktober 2009, Brickfields secara rasmi akan diisytiharkan sebagai Little India bermula awal tahun 2010.[1]

Antara lokasi penting di Brickfields adalah Tamil Methodist Church (Brickfields), Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (T) Vivekananda, Palm Court Apartment, Jalan Chan Ah Thong (Park), Budhist Maha Vihara, Brickfields, Jalan Sultan Abdul Samad, Sekolah Jenis Kebangsaan Brickfields 1 & 2, , Jalan Syed Putra , Sekolah Jenis Kebangsaan St Theresa 1 & 2, Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Brickfields, Jalan Berhala , Jalan Syed Putra , dan Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda di Lorong Abdul Samad.

Brickfields dulunya merupakan lokasi utama depo Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada masa pemerintahan British. Pihak berkuasa British membawa orang dari India dan Sri Lanka untuk bekerja di laluan kereta api dan depo. Ramai di antara mereka menetap di kawasan sekitar Brickfields. Sejak itu, komuniti India tinggal dan menetap di sini serta menjadi warganegara Malaysia. Beberapa kawasan lama masih boleh ditemui di sekitar Jalan Rozario. Kini, depo tersebut telah diubah menjadi KL Sentral, pusat pengangkutan kereta api bandar.

. Kaum India tersebut terus menetap di sini setelah kerja-kerja telah siap dan memulakan hidup baru di negara asing. Mereka mula membina kuil-kuil dan kedai-kedai makanan India. Kini, depoh KTM telah ditukar menjadi KL Sentral .

Brickfields merupakan salah satu penempatan perintis di Kuala Lumpur. Sepanjang Jalan Tun Sambanthan (dahulunya Jalan Brickfields) dihiasi dengan bangunan kolonial

Brickfields juga dikenali kerana mempunyai banyak tempat beribadat untuk pelbagai agama. Pada hari ini, terdapat beberapa kuil Hindu, kuil Buddha, kuil Cina, Masjid, dan juga gereja di sekitar Brickfields.

Brickfields terkenal dengan makanan India yang lazat, terutamanya nasi daun pisang dan hidangan masakan India Selatan Brickfields juga terkenal dengan banyak tempat ibadat untuk pelbagai agama. Kini, terdapat beberapa kuil Hindu, kuil Buddha, kuil Cina, masjid dan juga gereja di sekitar Brickfields.

Tempat Ibadah

[sunting | sunting sumber]

Brickfields juga ditandai sebagai "Lokasi Ilahi" karena banyak bangunan keagamaan, beberapa berusia lebih dari 100 tahun, terkonsentrasi di daerah tersebut, khususnya Jalan Berhala.

Beberapa tempat ibadah ditemukan di brickfield

  • Kuil Sri Kandaswamy,Ini adalah salah satu kuil Tamil Sri Lanka atau Tamil Ceylon yang paling menonjol di Malaysia.
  • Sri Sakthi Karpaga Vinayagar Temple, kuil hindhu
  • Gereja Rosario Suci
  • Tokong Tiga Ajaran Cina di Jalan Thambipillay
  • Gereja Lutheran Sion
  • Katedral Suriah Ortodoks St. Mary
  • Madrasatul Gouthiyyah, Surau India Muslim
  • Wihara Maha Buddha, adalah kuil Budha Sri Lanka

Jalan raya di Brickfield

[sunting | sunting sumber]

Projek menaik taraf jalan raya dan penyuraian trafik di sekitar Brickfields dujalankan terutama di Jalan Sultan Abdul Samad. Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM110 juta disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan ini. [2] MRCB Land akan melaksanakan projek penyuraian trafik daripada dua hala kepada sehala.Jalan Sultan Abdul Samad misalnya terdapat 13 buah sekolah. Kontraktor akan melebarkan bahu jalan di Jalan Travers dan Jalan Bangsar iaitu sepanjang 400 meter bermula dari hadapan Muzium Negara ke Bangsar.[3]

Pada 10 September 2009, nama Jalan Berhala ditukar kepada Jalan K.Ramanathan Chettiar dan sebahagian lagi dinamakan Jalan M.G.Pandithan. K.Ramanathan Chettiar ialah Presiden MIC ke-3 . Tan Sri M.G Pandithan ialah bekas presiden IPF . Sebelum ini, Jalan Brickfield ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan. Tun V.T Sambanthan ialah presiden MIC ke-5. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menamakan semula jalan itu selaras dengan usaha menjadikannya 'Little India'. [4]

NU Sentral

[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Ogos 2009,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan gedung runcit Nu Sentral di Brickfield. Ia dijangka siap menjelang 2012.Nu Sentral terletak di kedudukan strategi di Lembah Klang menerusi sistem transit aliran ringan (LRT) dan sistem komuter serta lapangan terbang antarabangsa terbesar negara menerusi Express Rail Link (ERL).Nu Sentral dihubungkan ke KL Sentral menerusi jambatan berhawa dingin dari dan ke Stesen Monorel KL Sentral.

Nu Sentral berkeluasan 1.2 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion, yang mengandungi gedung membeli-belah tujuh tingkat dan menara pejabat 27 tingkat. Ia sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu di KL Sentral meliputi kawasan seluas 2.6 juta kaki persegi yang membabitkan tiga menara pejabat dan sebuah hotel butik dengan GDV RM2.14 bilion. Ia akan dibangunkan oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

Setelah NU Sentral siap pada 2012, ia menjadi tiga kali ganda lebih besar daripada Mid Valley Megamall. Bandar Brickfields sama sekali akan berubah tetapi 'Little India' dikekalkan.Nu Sentral akan diurus oleh Nu Sentral Sdn Bhd, pembangunan usaha sama 51:49 oleh MRCB dan PHB.[5]

Kini,NU Sentral telah pun beroperasi dan menghubungkan laluan monorail KL Sentral ke stesen KL Sentral dan dijangka dengan pembukaan panggung wayang serta pusat hiburan di NU Sentral pada akhir tahun 2014 akan meningkatkan lagi pasaran bagi pusat membeli belah ini.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Brickfields boleh diakses dalam pelbagai cara: