Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Penampilan
Koordinat: 3°5′N 101°43′E / 3.083°N 101.717°E
Bandar Tun Razak ialah sebuah kawasan di Kuala Lumpur. Bandar Tun Razak merupakan kawasan perumahan yang luas di pinggir ibu negara. Bandar ini dinamakan sempena Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Antara sekolah yang terletak di Bandar Tun Razak ialah SM Sains Alam Shah (ASiS), SM Teknik Kuala Lumpur (TIKL), SM Sains Selangor (SMSS) dan SMK Cheras.