iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.wikipedia.org/wiki/A-10_Thunderbolt_II
A-10 Thunderbolt II - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

A-10 Thunderbolt II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A-10 Thunderbolt II
Peranan Pesawat serangan darat/sokongan udara dekat
Pengeluar Fairchild-Republic
Penerbangan sulung 10 Mei 1972
Mula digunakan Mac 1977
Status In service
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 715 [1]
Kos seunit AS$11.7 juta (purata)[2]
Formasi pesawat A-10 Thunderbolt II.

Fairchild-Republic A-10 Thunderbolt II adalah sejenis pesawat serangan darat satu tempat duduk yang direka khusus untuk memberikan bantuan udara dekat kepada pasukan-pasukan tentera darat. Pesawat ini direka khusus sebagai pesawat anti kereta kebal, dan boleh memusnahkan kereta kebal, kereta perisai dan lain-lain sasaran di darat.

Pesawat ini boleh juga digunakan untuk memberikan kawalan udara hadapan dan memberikan petunjuk kepada lain-lain pesawat penyerang. Pesawat ini adalah pesawat pertama Tentera Udara Amerika Syarikat yang dibina khusus untuk peranan bantuan udara rapat bagi membantu pasukan-pasukan darat.

Nama kapal terbang ini asalnya digunakan untuk pesawat Republic P-47 Thunderbolt yang berkhidmat sebagai pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Pesawat P-47 bukan sahaja cemerlang menjalankan misi mengiring pasukan pesawat pengebom B-17 Superfortress dan B-24 Liberator dalam misi pengeboman ke atas Berlin, tetapi pesawat ini juga menjadi jaguh dalam peranan serangan sasaran darat, khususnya dalam memberikan serangan bantuan rapat.

Namun demikian, di kalangan anggota tentera dan juruterbangnya, pesawat ini dipanggil Warthog ataupun Hog sahaja. Kerangka yang sama digunakan untuk pesawat OA-10 bila digunakan untuk peranan kawalan udara hadapan.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Pesawat A-10 dibangunkan untuk mengatasi masalah kerentanan pesawat-pesawat yang menjalankan serangan bantuan rapat semasa serangan dilakukan oleh pasukan pertahanan darat yang menggunakan senjata terdiri dari artileri anti udara dan tembakan oleh peluru dari pelbagai kaliber dan juga peluru berpandu permukaan ke udara semasa Perang Vietnam. Jumlah kehilangan pesawat semasa menjalankan serangan bantuan rapat di dalam Perang Vietnam amat tinggi. Perang tersebut menonjolkan peranan yang dimainkan oleh pesawat A1 Skyraider yang berupaya berlegar ataupun loiter untuk jangka masa yang lama sambil membawa persenjataan yang berat.

Kelasakan pesawat A-10 Thunderbolt terbukti apabila pesawat yang dipandu Kim Campbell berjaya pulang dengan selamat ke pangkalan walaupun mengalami kerosakan teruk semasa menyerang kota Baghdad.

Spesifikasi (A-10A)

[sunting | sunting sumber]
Menembak dengan menggunakan meriam GAU-8 Avenger yang berkaliber 30 mm.
Meriam Gatling GAU-8

Data dari The Great Book of Modern Warplanes,[3] Fairchild-Republic A/OA-10[4]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 53 kaki 4 in (16.26 m)
  • Rentang sayap: 57 kaki 6 in (17.53 m)
  • Tinggi: 14 kaki 8 in (4.47 m)
  • Sayap luas: 506 kaki ² (47.0 m²)
  • Aerofoil: NACA 6716 pangkal, NACA 6713 hujung
  • Berat kosong: 24,959 lb (11,321 kg)
  • Berat berisi:
    • Standard: 30,384 lb (13,782 kg)
    • Untuk misi Sokongan rapat udara: 47,094 lb (21,361 kg)
    • Untuk misi anti kereta kebal: 42,071 lb (19,083 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 50,000 lb (23,000 kg)
  • Loji kuasa:General Electric TF34-GE-100A turbin kipas, 9,065 lbf (40.32 kN) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan tidak melebihi: 450 knot (518 bsj,[4] 833 km/j) pada 5,000 kaki (1,500 m) dengan 18 bom Mk 82[5]
  • Kelajuan maksimum: 381 knot (439 bsj, 706 km/j) pada aras laut, baik[4]
  • Kelajuan sederhana: 300 knot (340 bsj, 560 km/j)
  • Kelajuan menegun: 120 knot (220 km/j) [6]
  • Jejari bertempur:
    • Untuk misi sokongan rapat udara: 250 batu nautika (288 batu, 460 km) dengan 1.88 jam satu enjin pada 5,000 kaki (1,500 m), 10 min tempur
    • Untuk misi anti kereta kebal: 252 batu nautika (290 batu, 467 km), 40 batu nautika (45 batu, 75 km) penyusupan aras laut dan keluar, 30 min tempur
  • Jarak maksimum: 2,240 batu nautika (2,580 batu, 4,150 km) with 50 knot (55 bsj, 90 km/j) headwinds, 20 minit simpanan
  • Lelangit khidmat 45,000 kaki (13,700 m)
  • Kadar kenaikan: 6,000 kaki/min (30 m/s)
  • Beban sayap: 99 lb/kaki² (482 kg/m²)
  • Tujahan/berat: 0.36
Pandangan dekat A-10.

Persenjataan

Avionik

  • Pod penjejak laser Pave Penny (dipsang di bawah bahagian kanan kokpit) untuk digunakan bersama-sama dengan bom panduan laser Paveway.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ A-10 history, GlobalSecurity.org
  2. ^ Operation Desert Storm: Evaluation of the Air Campaign, GAO/NSIAD-97-134 Appendix IV, U.S. General Accounting Office, 12 June 1997.
  3. ^ Spick 2000, p. 21.
  4. ^ a b c Jenkins 1998, p. 54.
  5. ^ Flight manual TO 1A-10A-1 (20 February 2003, Change 8), pp. 5–24.
  6. ^ History of the Fairchild-Republic A-10 Thunderbolt II, Part Two
  7. ^ Flight manual TO 1A-10A-1 (20 February 2003, Change 8), pp. 5–30.
  8. ^ A-10 Specs - Global Security

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]