17 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
17 Januari merupakan hari ke-17 dalam takwim Gregorius. Tinggal 348 hari (atau 349 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 38 SM - Octavian mengahwini Livia Drusilla.
- 1287 - Raja Alfonso III dari Aragon menyerang Minorca.
- 1377 - Paus Gregory XI memindahkan pusat pentadbiran kembali ke Rom dari Avignon.
- 1524 - Bermulanya perjalanan Giovanni da Verrazzano mencari laluan ke China.
- 1562 - Perancis mengiktiraf pemerintahan Huguenot mengikut Edik Saint-Germain.
- 1595 - Henry IV dari Perancis mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol.
- 1605 - Penerbitan pertama Don Quixote.
- 1648 - Parlimen Lanjut Inggeris meluluskan Undi Tiada Titah, maka menghentikan rundingan dengan Raja Charles I, oleh itu membuka laluan kepada fasa kedua Perang Saudara Inggeris.
- 1773 - Kapten James Cook dan warga kapalnya menjadi orang Eropah terulung yang melayar merentasi Garisan Antartik.
- 1799 - Dun Mikiel Xerri dan pejuang Malta yang lain dihukum mati.
- 1852 - United Kingdom mengiktiraf kemerdekaan jajahan Boer di Transvaal.
- 1893 - Jawatankuasa Warganegara untuk Keselamatan Awam yang diketuai oleh Lorrin A. Thurston menggulingkan kerajaan Ratu Liliuokalani (gambar) di Hawaii.
- 1899 - Tentera Laut Amerika Syarikat mendarat di Pulau Wake (gambar) di Lautan Pasifik dan menguasai pulau ini hingga kini.
- 1912 - Sir Robert Falcon Scott menjejak kaki di Kutub Selatan, sebulan di belakang Roald Amundsen.
- 1913 - Raymond Poincaré diundi sebagai Presiden Perancis.
- 1929 - Watak kartun Popeye si Kelasi yang dicipta oleh E. C. Segar muncul buat pertama kali dalam jalur komik Thimble Theater.
- 1941 - Pihak Kuomintang pimpinan Chiang Kai-Shek menyerang pihak komunis, maka kembalinya Perang Saudara China selepas Perang Dunia Kedua.
- 1945 - Pihak Kesatuan Soviet menawan kota Warsaw di Poland yang ranap akibat perang.
- 1945 - Pihak Nazi mula mengosongkan kem tumpuan Auschwitz apabila menghadapi kemaraan Soviet.
- 1946 - Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuaratnya yang pertama di Church House, London.
- 1966 - Sebuah pesawat pengebom B-52 bertembung dengan pesawat KC-135 Stratotanker di ruang angkasa Sepanyol, lalu terjatuh tiga butir bom nuklear berhampiran pekan Palomares dan sebutir lagi ke dalam laut dalam peristiwa Palomares.
- 1973 - Ferdinand Marcos menjadi "Presiden Seumur Hidup" di Filipina.
- 1977 - Gary Gilmore dihukum mati oleh pasukan penembak di Utah, sekaligus menamatkan penghentian hukuman mati selama 10 tahun di Amerika Syarikat.
- 1982 - Cold Sunday menyaksikan suhu jatuh ke paras terendah sejak lebih seabad di kebanyakan bandar di Amerika Syarikat.
- 1985 - British Telecom mengumumkan penamatan kotak telefon merah United Kingdom.
- 1989 - Pembunuhan Stockton: Patrick Purdy menyerang tapak bermain Sekolah Rendah Cleveland dengan senapang, membunuh lima kanak-kanak dan mencederakan 29 yang lain serta seorang guru lalu membunuh dirinya.
- 1991 - Tentera campuran yang diketuai oleh Amerika Syarikat melancarkan serangan udara Operasi Ribut Padang Pasir terhadap Iraq. Iraq melancarkan 8 peluru berpandu Scud ke arah Israel.
- 1991 - Harald V menjadi Raja Norway setelah kemangkatan ayahandanya Olav V.
- 1994 - Gempa bumi bermagnitud melanda Northridge, California.
- 1995 - Gempa Bumi Besar Hanshin melanda berhampiran Kobe, Jepun, dan mengorbankan lebih 6,000 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta lebih ¥10 trilion ($100 bilion).
- 1996 - Republik Czech mendaftar untuk menjadi anggota Kesatuan Eropah.
- 1997 - Sebuah kapal angkasa Delta 2 yang membawa sebuah satelit GPS2R meletup 13 saat selepas dilancarkan, menyebabkan bangkai roket terbakar seberat 250 tan tertabur sekitar landas pelancaran.
- 1998 - Paula Jones menuduh Presiden Bill Clinton melakukan gangguan seksual.
- 2002 - Gunung Nyiragongo yang terletak 20 kilometer (12 bt) di utara bandar Goma, Republik Demokratik Congo meletus, memusnahkan 4500 bangunan dan menyebabkan kira-kira 120,000 orang tiada tempat berteduh.
- 2009 - Pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Malaysia diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail.
- 2009 - Israel mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban konflik Gaza mencecah 1300 orang. Hamas turut berbuat demikian.
- 2010 - Rusuhan pertama antara kumpulan Muslim dan Kristian di Jos, Nigeria bermula, akhirnya menyebabkan lebih 200 kematian.
- 2013 - Tentera Algeria menyerbu sebuah kilang gas di In Aménas selepas ratusan pekerja dijadikan tebusan, menyebabkan puluhan orang mati.