Stadium Wembley
- Rencana ini tentang stadium yang dibuka pada tahun 2007. Untuk rencana mengenai stadium asal yang telah digantikan, sila liha Stadium Wembley (1923).
Stadium Wembley merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Taman Wembley, London, England. Ia dibuka pada 2007 dan dibina di atas Stadium Wembley terdahulu yang telah dimusnahkan pada 2003.[6] Stadium ini menjadi tuan rumah kepada perlawanan bola sepak utama seperti pusingan akhir Piala FA dan menjadi tempat sendiri bagi pasukan bola sepak kebangsaan England.
Stadium Wembley ستاديوم ويمبلي | |
---|---|
The Venue of Legends, New Wembley | |
Lokasi | London, England |
Koordinat | 51°33′21″N 0°16′47″W / 51.55583°N 0.27972°WKoordinat: 51°33′21″N 0°16′47″W / 51.55583°N 0.27972°W |
Pecah tanah | 30 September 2002[1] |
Dibina | 2002–2007 |
Dibuka | 9 Mac 2007 |
Pemilik | Persatuan Bola Sepak England |
Pengendali | Wembley National Stadium Limited |
Permukaan | Rumput |
Kos pembinaan | GBP £757 juta (2007)[2] (£783 juta pada 2024 sterling[3]) |
Arkitek | HOK Sport (Populous sejak 2009), Foster and Partners, Nathaniel Lichfield and Partners (perunding perancangan)[4] |
Pengurus Projek | Symonds[5] |
Jurutera struktur | Mott Stadium Consortium - Mott MacDonald, Sinclair Knight & Merz & Aurecon[5] |
Jurutera perkhidmatan | Mott MacDonald[5] |
Kontraktor umum | Multiplex Constructions (UK) Ltd[5] |
Kapasiti | 90,000 (bola sepak, liga ragbi, kesatuan ragbi) 86,000 (bola sepak Amerika) 75,000 hingga 90,000 tempat duduk dan 15,000 tempat diri (konsert) 60,000 hingga 72,000 (olahraga) |
Rekod kehadiran | 89,874 (Portsmouth-Cardiff City, 17 Mei 2008) |
Dimensi padang | 105 kali 68 meter (115 kali 74 ela) |
Stadium Wembley adalah stadium kategori empat dalam kategori stadium UEFA. Dengan 90,000 tempat duduk, ia adalah stadium kedua terbesar di Eropah dan ia dimiliki oleh Persatuan Bola Sepak England melalui anak syarikatnya, Wembley National Stadium Ltd (WNSL). Direka oleh HOK Sport (kini dikenali sebagai Populous)[7] dan Foster and Partners, yang juga telah mereka atap separa boleh tarik dan Arka Wembley 134 meter tinggi (440 kaki).
Galeri
sunting-
Pemandangan stadium dari Royal Route
-
Bahagian luar stadium
-
Stadium Wembley ketika dalam pembinaan
-
Arka Wembley yang dilihat dari dekat
Rujukan
sunting- ^ "Timeline: The new Wembley". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 21 Februari 2006.
- ^ "Wembley to break even by 2015, says FA chairman". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 5 Oktober 2011.
- ^ Perangkaan inflasi CPI UK berasaskan data yang diperoleh dari Lawrence H. Officer (2010) "What Were the UK Earnings and Prices Then?" MeasuringWorth.
- ^ "Projects : Wembley Stadium" (dalam bahasa Inggeris). Populous.com. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b c d "Wembley Stadium, London". Design Build Network. 19 June 2006. Dicapai pada 11 August 2010.
- ^ "Gates' Microsoft Becomes Wembley Stadium Backer". Forbes (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 2005.
- ^ "Timeline: A new National Stadium for the national game" (dalam bahasa Inggeris).
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Wembley |