iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sabtu
Sabtu - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Sabtu

hari ketujuh dalam seminggu, selepas hari Jumaat

Hari Sabtu (bahasa Inggeris: Saturday) merupakan hari ketujuh dan terakhir dalam seminggu selepas hari Jumaat dan sebelum hari Ahad.

Nama hari ini diserapkan dari Bahasa Arab iaitu يوم السبتyawm as-sabt.

Kepentingan

sunting

Dalam agama

sunting

Orang Yahudi khususnya menjadikan hari Sabtu sebagai Shabbat di mana umat ini diberikan peluang istirahat dan berhenti bekerja seketika untuk beribadat memperingati penceritaan dalam Taurat di mana dipercayai adanya jeda selepas Tuhan mereka menciptakan segala isi bumi;[1]Templat:AyatAlkitab orang Yahudi percaya bahawa perhitungan hari Sabat tiap minggu ini tidak pernah terputus sejak dunia diciptakan. Ramai dari umat ini pergi ke sinagog atas tujuan utama ini. Kepentingan hari ini dalam anutan Yahudi turut diterapkan dalam masyarakat moden di tempat-tempat bermajoriti umat ini seperti Israel yang menjadikan ia suatu cuti am.[2]

Seberapa mazhab Kristian Protestan turut mengekalkan hari ini sebagai hari tumpuan mereka beribadah besar berbanding hari Ahad termasuk Gereja Jesus Benar, Saksi-saksi Jehovah, Seventh-Day Adventist dan Gereja Ortodoks Habsyi Tewahedo.

Keutamaan setempat lain

sunting

Dalam kebanyakan negeri di Malaysia, hari Sabtu ialah hari cuti mingguan bersama-sama hari Ahad. Sambutan hari lahir Yang Di-Pertuan Agong Malaysia adalah pada Sabtu pertama dalam bulan Jun.

Negara-negara Australia[3] dan New Zealand[4] menjadikan hari ini sebagai waktu dilangsungkan pilihan raya untuk rakyat kedua-dua negara ini.

Liga-liga bola sepak United Kingdom sering mengadakan perlawanan peringkat setempat pada hari ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ Kejadian 1
  2. ^ "Basic Law: Israel – the Nation State of the Jewish People" (PDF). knesset.gov.il. 19 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-27. Dicapai pada 19 February 2019.
  3. ^ "Electoral Act 1992, s.100–101". AustLII. 1992. Dicapai pada 19 February 2019.
  4. ^ "Electoral Act 1993, section 139(1)(b)". Parlimentary Counsel Office. Government of New Zealand. 1993. Dicapai pada 19 February 2019.