iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.
iBet uBet web content aggregator. Adding the entire web to your favor.



Link to original content: http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kepala_air
Kepala air - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Kepala air atau sumber sungai bermaksud gelombang aliran air mengejut yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Sungai Wey berhampiran kepalanya di Farringdon, Hampshire, UK

Bahaya

sunting

Aliran air ini boleh terjadi apabila berlaku hujan yang sangat lebat dan ianya berupaya membawa segala macam kelodak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.

Langkah keselamatan

sunting

Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:

  • Keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

Lihat juga

sunting