Dimitris Salpingidis
Dimitrios "Dimitris" Salpingidis (Yunani: Δημήτρης Σαλπιγγίδης ; lahir 18 Ogos 1981) merupakan pemain bola sepak profesional Greek yang kini beraksi untuk kelab PAOK FC dan pasukan kebangsaan Greece. Beliau bermain di posisi sayap ataupun penyerang.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dimitrios Salpingidis | ||
Tarikh lahir | 18 Ogos 1981 | ||
Tempat lahir | Thessaloniki, Greece | ||
Ketinggian | 1.71 m (5 ka 7 5⁄16 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain sayap / Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | PAOK | ||
Nombor | 14 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1999–2006 | PAOK | 103 | (50) |
1999–2000 | → Larissa (pinjaman) | 7 | (0) |
1999–2002 | → Kavala (pinjaman) | 43 | (25) |
2006–2010 | Panathinaikos | 119 | (46) |
2010– | PAOK | 158 | (40) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004 | Greece B23 | 3 | (0) |
2005– | Greece | 82 | (13) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 24 Oktober 2014 |
Kerjaya kelab
suntingPAOK
suntingSalpingidis bermula menjadi seorang ahli gusti sebelum beliau dipanggil untuk bermain bola sepak.[2] Salpingidis memulakan kerjaya bola sepaknya ketika memasuki kelab remaja PAOK FC. Sebelum ke dunia bola sepak, beliau mengambil bahagian dalam acara gusti dan memiliki impian untuk mewakili negaranya ke Sukan Olimpik. Beliau tidak dapat tunaikan impiannya menjadi ahli gusti tetapi pemain bola sepak akhirnya terhasil pada tahun 2004. Pada 30 September 1999, beliau membuat penampilan pertama bola sepak menentang FC Lokomotivi Tbilisi dengan kemenangan 2-0. Beliau kemudian dipinjam ke kelab Kavala FC semasa dua musim, di mana beliau menjadi penjaring terbanyak Divisyen Kedua. Pada 25 Ogos 2002, beliau membuat debut liga untuk PAOK dan menang 4-1 ke atas Panathinaikos FC. Jaringan liga pertama beliau ketika menang 3-2 ke atas OFI Crete.
Pada musim seterusnya, PAOK memiliki penyerang hebat seperti Ioannis Okkas dan Giorgos Georgiadis. Salpingidis pada ketika itu menjadi penyerang pertama serta menjadi kapten pasukan. Pada musim 2003-04, pasukannya menduduki tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara. Kepentingan beliau dalam pasukan PAOK menyebabkan beliau dibenarkan terlepas perlawanan bersama skuad Olimpik Greece pada Sukan Olimpik di ibu kota tanah air beliau, Athens. Pada aksi kelayakan Liga Juara-Juara menentang Maccabi Tel Aviv, kekalahan berpihak kepada pasukan beliau dan menyebabkan pemecatan jurulatih Anastasiadis. Pada musim 2005-06, beliau menjadi penjaring terbanyak liga dengan 17 gol.
Panathinaikos
suntingPada 16 Ogos 2006, beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Panathinaikos dengan bayaran €1.8 juta. Perpindahan ini merupakan bayaran ketiga termahal antara semua pasukan Greek pada masa itu. Beliau membuat debut untuk Panathinaikos pada 20 Ogos dengan kemenangan 4-1 ke atas Aigalaio, di mana beliau menjaringkan hatrik.
Kembali ke PAOK
suntingSelepas melalui musim yang baik selama empat tahun di Panathinaikos, Salpingidis kembali ke PAOK pada musim panas 2010. Pada 16 Jun 2010, Salpingidis secara rasminya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab PAOK selepas kontraknya bersama kelab Panathinaikos tamat.
Pada 9 Januari 2011, beliau menjaringkan gol ke-100nya di Liga Super Greek menentang [[Asteras Tripoli F.C.|Asteras Tripoli]. Pada 3 November 2011, Salpingidis menjadi pemain Greek pertama yang menjaringkan banyak gol di Eropah.
Pada permulaan musim 2012-13, beliau menukar nombor jersinya dari 9 ke 14 iaitu nombor kegemarannya. Pada 17 Mac 2013, beliau melanjutkan kontrak selama tiga athun sehingga 2017 dengan harapan untuk menamatkan kariernya di kelab itu.
Beliau menjaringkan dua gol sepakan gunting pada 23 Februari 2013 menentang Kerkyra, menang 3-1. Pada 20 Mac 2013, beliau menjadi kapten pasukan PAOK selepas Pablo Garcia meninggalkan kelab. Beliau dilayangkan kad merah buat pertama kali dalam kariernya ketika PAOK menang 2-1 ke atas Platanias.
Kerjaya antarabangsa
suntingSalpingidis telah membuat 82 penampilan dan menjaringkan 13 gol untuk pasukan kebangsaan Greece. Beliau membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan pada 17 Ogos 2005 menentang Belgium.
Pada 17 Jun 2010, dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 menentang Nigeria, beliau menjaringkan gol pertama Greece di pentas Piala Dunia. Pada 8 Jun 2012, Salpingidis memasuki padang dan menjaringkan gol pertama Greece di Euro 2012 pada perlawanan peringkat kumpulan dengan keputusan terikat seri 1-1 menentang Poland. Dengan kedua-dua gol di Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, beliau menjadi pemain pertama Greek yang menjaringkan gol di kedua-dua kejohanan itu, di mana pemain-pemain Greek sebelum ini tidak pernah menjaringkan gol.
Statistik
suntingPasukan | Tahun | Kmncln | Gol |
---|---|---|---|
Greece | 2005 | 4 | 0 |
2006 | 7 | 0 | |
2007 | 4 | 0 | |
2008 | 11 | 1 | |
2009 | 7 | 2 | |
2010 | 11 | 3 | |
2011 | 10 | 0 | |
2012 | 10 | 4 | |
2013 | 8 | 3 | |
2014 | 10 | 0 | |
Jumlah | 82 | 13 |
Gol antarabangsa
sunting# | Tarikh | Arena | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 5 Februari 2008 | Nicosia, Cyprus | Republik Czech | 1–0 | 1–0 | Persahabatan |
2. | 1 April 2009 | Heraklion, Greece | Israel | 2–1 | 2–1 | Kelayakan Piala Dunia 2010 |
3. | 18 November 2009 | Donetsk, Ukraine | Ukraine | 0–1 | 0–1 | Kelayakan Piala Dunia 2010 |
4. | 17 Jun 2010 | Bloemfontein, Afrika Selatan | Nigeria | 1–1 | 2–1 | Piala Dunia FIFA 2010 |
5. | 11 Ogos 2010 | Belgrade, Serbia | Serbia | 0–1 | 0–1 | Persahabatan |
6. | 12 Oktober 2010 | Athens, Greece | Israel | 2–1 | 2 –1 | Kelayakan Euro 2012 |
7. | 29 Februari 2012 | Heraklion, Greece | Belgium | 1–1 | 1–1 | Persahabatan |
8. | 8 Jun 2012 | Warsaw, Poland | Poland | 1–1 | 1–1 | UEFA Euro 2012 |
9. | 22 Jun 2012 | Gdańsk, Poland | Jerman | 2–4 | 2–4 | UEFA Euro 2012 |
10. | 16 Oktober 2012 | Bratislava, Slovakia | Slovakia | 0–1 | 0–1 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
11. | 10 September 2013 | Athens, Greece | Latvia | 1–0 | 1–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
12. | 15 OKtober 2013 | Athens, Greece | Liechtenstein | 1–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
13. | 15 November 2013 | Athens, Greece | Romania | 2–1 | 3–1 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
Statistik kerjaya
suntingKelab
sunting- Sehingga 9 Mac 2015
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua[A] | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
PAOK | 1999-00 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | 1 | 1 |
Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 1 | 1 | 1 | 1 | |
Larissa (pinjaman) | [1999–00 | 7 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | 0 |
Jumlah | 7 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 7 | 0 | |
Kavala (pinjaman) | 2000–01 | 15 | 5 | 2 | 0 | 0 | 0 | 17 | 5 |
2001–02 | 28 | 20 | 5 | 1 | 0 | 0 | 33 | 21 | |
Jumlah | 43 | 25 | 7 | 1 | 0 | 0 | 50 | 26 | |
PAOK | 2002–03 | 15 | 3 | 4 | 2 | 4 | 1 | 23 | 6 |
2003–04 | 29 | 16 | 4 | 2 | 4 | 0 | 37 | 18 | |
2004–05 | 29 | 14 | 3 | 1 | 4 | 2 | 36 | 17 | |
2005–06 | 30 | 17 | 1 | 0 | 6 | 3 | 37 | 20 | |
Jumlah | 103 | 50 | 12 | 5 | 18 | 6 | 133 | 61 | |
Panathinaikos | 2006–07 | 27 | 14 | 6 | 0 | 8 | 3 | 41 | 17 |
2007–08 | 30 | 15 | 1 | 0 | 7 | 4 | 38 | 19 | |
2008–09 | 34 | 12 | 4 | 0 | 12 | 3 | 50 | 15 | |
2009–10 | 28 | 5 | 4 | 1 | 13 | 6 | 45 | 12 | |
Jumlah | 119 | 46 | 15 | 1 | 40 | 16 | 174 | 63 | |
PAOK | 2010–11 | 36 | 9 | 6 | 1 | 11 | 2 | 53 | 12 |
2011–12 | 35 | 7 | 3 | 0 | 8 | 3 | 46 | 10 | |
2012–13 | 31 | 11 | 7 | 3 | 3 | 0 | 41 | 14 | |
2013–14 | 35 | 10 | 4 | 0 | 10 | 2 | 49 | 12 | |
2014–15 | 21 | 3 | 1 | 0 | 8 | 0 | 30 | 3 | |
Jumlah | 158 | 40 | 21 | 4 | 40 | 7 | 219 | 51 | |
Jumlah kerjaya | 430 | 161 | 55 | 11 | 99 | 30 | 584 | 202 |
Nota
sunting- A. ↑ Termasuk penampilan di Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA.
Penghargaan
suntingKelab
suntingPAOK
Panathinaikos
Individu
sunting- Penjaring terbanyak Football League 2: 2001-02
- Penjaring terbanyak Liga Super Greece: 2005-06
Catatan
sunting- ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 18. Dicapai pada 27 September 2014.
- ^ "Salpingidis sneaking into history with PAOK". uefa.com. 9 December 2013.
Pautan luar
sunting- Profile at Hellenic Football Federation (Yunani)