12 Mac
tarikh
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
12 Mac merupakan hari ke-71 (hari ke-72 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 294 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Mauritius (1968)
- Hari Punjung di China.
Peristiwa
sunting- 515 SM - Pembinaan Kuil Suci yang kedua di Kota Lama Baitulmaqdis siap.
- 1894 – Di Vicksburg, Mississippi, A.S., Coca-Cola julung kalinya dijual dalam botol.
- 1913 – Hari Canberra: Ibu negara baru Australia secara rasminya dinamakan Canberra. (Melbourne kekal sebagai ibu negara sementara ketika ibu negara baru tersebut masih dibina hingga tahun 1927.)
- 1928 – Di California, Empangan St. Francis runtuh lalu meragut lebih 600 nyawa.
- 1930 - Mohandas Karamchand Gandhi memulakan Perarakan Dandi, satu perjalanan 320 kilometer selama 24 hari, untuk menentang cukai British ke atas garam di India kolonial (gambar).
- 1933 – Kemelesetan besar: Franklin D. Roosevelt berucap kepada seluruh negara buat pertama kalinya sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- 1934 – Konstantin Päts dan Jeneral Johan Laidoner merampas kuasa di Estonia, lalu mengharamkan semua parti politik.
- 1938 - Anschluss Osterreichs: Austria diduduki oleh Wehrmacht, dan kemudiannya menjadi Ostmark, salah satu provinsi dalam Reich Jerman.
- 1940 - Perjanjian Damai Moscow dimeterai dan dengan itu, menamatkan Perang Musim Sejuk antara Finland dan Kesatuan Soviet.
- 1947 – Doktrin Truman diisytiharkan untuk membantu mengekang penyebaran fahaman Komunisme.
- 1966 – Suharto mengambil alih tempat Soekarno sebagai Presiden Indonesia.
- 1968 – Mauritius mencapai kemerdekaan.
- 1992 – Mauritius menjadi republik tetapi kekal sebagai anggota Negara-Negara Komanwel.
- 1993 - Satu siri letupan terlaras 13 bom terjadi di Bombay, India, mengorbankan 257 orang dan mencederakan 713 yang lain.
- 1994 – Gereja England mentahbiskan paderi wanita pertamanya.
- 1997 – Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew memohon maaf kepada Malaysia kerana beliau menuduh Johor sebagai negeri yang terkenal dengan kejadian tembak menembak, menyamun dan merampas kereta.
- 2003 - Perdana Menteri Serbia Zoran Đinđić dibunuh di Belgrade.
- 2004 – Roh Moo-hyun didakwa oleh Perhimpunan Kebangsaan, pertama kalinya seorang Presiden didakwa sedemikian dalam sejarah Korea Selatan.
- 2005 – Ketua Eksekutif Hong Kong pertama Tung Chee Hwa meletakkan jawatannya selepas diberi lampu hijau oleh kerajaan pusat China.
- 2009 – Ahli perniagaan Amerika Syarikat Bernard Madoff mengaku bersalah terhadap penipuan pelaburan terbesar dalam sejarah A.S.
- 2010 – Siri serangan bom kedua membunuh sekitar 60 orang di Lahore, Pakistan, empat hari selepas serangan pertama.
Kelahiran
sunting- 1821 - John Abbott, Perdana Menteri Kanada ke-3
- 1881 - Mustafa Kemal Atatürk, marsyal Turki dan pengasas Republik Turki